Sembilan watak adiwira ceriakan pesakit kanak-kanak - Utusan Malaysia

Sembilan watak adiwira ceriakan pesakit kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Keceriaan terpancar diwajah pesakit kanak-kanak di wad pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini kelmarin apabila dikejutkan dengan kehadiran sembilan watak adiwira pada program pengagihan 200 bekas makanan berbuka puasa.

Program anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) dengan kerjasama EM Catering dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu bukan sahaja mengembirakan pesakit kanak-kanak yang mendapat rawatan malah ahli keluarganya, doktor serta jururawat bertugas.

Pengurus RMHC, Nurul Wahida Harun berkata, pihaknya telah menjemput pasukan adiwira dari
Geng Cosplay Kelantan untuk membawa kelainan dan bersama-sama menjayakan program tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini merupakan pertama kali diadakan oleh RMHC bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua pihak terlibat terutama ibu-bapa.

“Sempena bulan Ramadan ini pihak RMHC mengambil inisiatif dengan menyediakan makanan berbuka untuk ibu bapa pesakit, jururawat dan doktor yang tidak sempat keluar membeli juadah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambahnya, melalui program itu sekaligus membolehkan pihaknya dan semua orang yang berada di wad berkumpul bersama untuk berbuka puasa.

Jelasnya, makanan yang disediakan itu merupakan sumbangan kecil dan diharapkan sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan mereka berdepan dengan dugaan kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini