Imran Khan ucap tahniah kepada Narendra Modi - Utusan Malaysia

Imran Khan ucap tahniah kepada Narendra Modi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DEHLI 26 Mei – Di tengah-tengah ketegangan, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya, Narendra Modi atas kemenangan bersejarahnya dalam pilihan raya umum negara itu, baru-baru ini.

AFP yang memetik Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi sebagai berkata, Imran Khan menghubungi Modi menerusi telefon hari ini dan mengucapkan tahniah atas pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri India untuk penggal kedua.

Kedua-dua pemimpin itu kali terakhir berbual pada Julai tahun lalu ketika Modi mengucapkan tahniah kepada Khan atas kemenangannya dalam pilihan raya umum Pakistan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khamis lepas, Modi yang mengetuai Parti Bharatiya Janata (BJP) mencapai kemenangan besar untuk penggal kelima dengan memenangi 303 kerusi dalam Lok Sabha yang mempunyai 543 anggota.

Pengundian berlangsung hampir enam minggu untuk menampung hampir 900 juta orang yang layak untuk mengundi dalam pilihan raya terbesar dan terpanjang di dunia. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini