Marin rampas 120 Kilogram ikan - Utusan Malaysia

Marin rampas 120 Kilogram ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Pasukan Polis Marin Kudat menahan seorang lelaki dan wanita serta merampas 120 kilogram ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan di Jalan Tinangol Indarason Matunggong, Kudat, Sabah semalam.

Susulan operasi Op Landai Khas yang dilakukan pada 2 petang itu, sepasukan anggota yang di ketuai oleh seorang pegawai Unit Risikan Marin (URM) pasukan Polis Marin Kudat telah berjaya menahan pasangan suami isteri warga tempatan yang masing-masing berumur 64 dan 43 tahun.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil maklumat yang diterima kami menahan suspek yang memandu sebuah kenderaan jenis Perodua Rusa dalam keadaan mencurigakan pada pukul 2.40 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut, polis menjumpai lebih kurang 120 kilogram ikan basah pelbagai jenis dengan nilai RM1,200.00.

“Turut dirampas, kenderaan milik suspek, dua buah tong ikan serta sebuah alat penimbang ikan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM16,700.00,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Pajeri memberitahu, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan akan memastikan mereka yang terlibat dijatuhi hukuman berat.

“Beliau turut menegaskan dan memberi peringatan kepada mana-mana orang khususnya para nelayan agar menghentikan aktiviti pengeboman ikan dengan segera sebelum tertangkap.

“Kesemua rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat dan akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Kudat untuk tindakan selanjutnya.” Ujarnya lagi.

Tambah Mohamad Pajeri, kes disiasat di bawah Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan memiliki ikan yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini