Piagam UMNO-Pas dedah 'hubungan gelap' dua parti itu. - Utusan Malaysia

Piagam UMNO-Pas dedah ‘hubungan gelap’ dua parti itu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 26 Mei – Piagam UMNO-Pas yang bakal dimeterai antara kedua-dua parti pembangkang itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri secara tidak langsung mengesahkan ‘hubungan gelap’ antara kedua-dua parti yang cuba disembunyikan sebelum ini.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa berkata, pengesahan itu merupakan salah satu perkara yang pernah dituntut beliau sebelum ini supaya hubungan tersebut didedahkan kepada seluruh rakyat dan ahli parti.

“Kalau nak buat hubungan biarlah secara terbuka dengan pengetahuan ahli dan rakyat, bukan secara sembunyi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Besar harapan saya agar hubungan ini mendapat restu sepenuhnya daripada ahli diperingkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Asnaf Rantau Panjang di sini petang semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai Piagam UMNO dan Pas yang bakal dimeterai selepas hari raya nanti.

Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan memberitahu, hubungan yang terjalin antara kedua-dua parti itu tidak semestinya utuh.

Katanya, walaupun secara hakikatnya perkara itu dilihat bagus untuk gabungan pembangkang namun hubungan yang terjalin menerusi piagam itu tidak mestinya terus kekal sampai bila-bila.

“Suami isteri pun ada piagam masa angkat nikah. Bila ada piagam pasangan berkenaan mendapat anak.

“Namun perlu diingat ada dalam kalangan pasangan itu jodohnya tidak panjang, kemudiannya bercerai,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini