Kisah Heba Amouri undang rasa sebak netizen - Utusan Malaysia

Kisah Heba Amouri undang rasa sebak netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA keping gambar yang menunjukkan kesedihan dan kesengsaraan seorang wanita bersama suaminya berdepan dengan kematian dua orang anak dalam peperangan di Syria telah meruntun hati pengguna laman Facebook.

Gambar-gambar tersebut yang dimuat naik oleh persatuan Syria Care telah menunjukkan seorang wanita, Heba Amouri sedang meriba seorang anaknya yang berusia dua bulan.

Lebih menyayat hati, dua orang lagi anak wanita itu dikhabarkan maut dalam tragedi pengeboman besar-besaran tentera rejim Bashar al-Assad ke atas Timur Ghoutah pada awal tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang membuatkan netizen sebak apabila wanita berkenaan dilihat memasukkan jarinya ke dalam mulut bayi tersebut semata-mata bagi mengelak dia menangis kerana kelaparan.

Berdasarkan keterangan yang dinyatakan oleh Syria Care, kejadian tersebut telah dirakamkan pada 8 Januari 2018. Walaupun kejadian yang berlaku itu telah setahun berlalu, namun emosi yang dipaparkan melalui gambar-gambar yang dimuat naik itu cukup membuatkan pengguna laman sosial berasa tersentuh dan hiba.

Rata-rata komen yang ditinggalkan pengguna laman sosial telah mendoakan kesejahteraan penduduk Syria dan melahirkan rasa simpati ke atas kejadian yang menimpa saudara seagama di sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini