KUALA LUMPUR 25 Mei – Orang ramai diminta untuk menyemak nombor telefon atau nombor akaun bank penjual bagi mengelak menjadi mangsa penipuan ketika membeli barangan dalam talian.
Akaun Facebook Polis Johor memberitahu, semakan boleh dibuat menerusi laman http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/#.
Laman semakan tersebut dibangunkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk membantu mengurangkan kes penipuan pembelian barangan dalam talian.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menerusi laman tersebut, orang ramai boleh menyemak sama ada nombor akaun atau nombor telefon peniaga mempunyai rekod polis atau tidak. – UTUSAN ONLINE











