Aksi cemerlang Ee Yi-Yew Sin wajar dipuji - Utusan Malaysia

Aksi cemerlang Ee Yi-Yew Sin wajar dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Pasangan beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin wajar diberikan pujian di atas aksi cemerlang mereka pada kejohanan badminton Piala Sudirman, walaupun, mereka gagal membantu Malaysia mara ke separuh akhir.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Paulus Firman jelas berpuas hati dengan persembangan pasangan itu dengan menyifatkan mereka sudah menampilkan aksi terbaik termasuk mengheret permainan suku akhir menentang Takeshi Kamura-Keigo Sonodo ke set penentuan sebelum tewas.

Katanya, Ee Yi memainkan tanggungjawab dengan sempurna selaku pemimpin serta perancang dalam perlawanan terakhir mereka, semalam dan ia memberi petanda baik kepada kem badminton negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang mereka sudah keluarkan semua permainan dalam aksi, semalam dan Ee Yi mengalami kecederaan yang menyaksikan dagunya koyak besar serta mengalami pendarahan agak banyak.

“Bagaimanapun, dia tetap tidak berputus asa dan masih mahu berjuang hingga mata akhir sebelum di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Tiada apa yang serius dan dia hanya menerima beberapa jahitan pada bahagian dagu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini