Pemain import baharu diharap bantu perkukuh Melaka United - Utusan Malaysia

Pemain import baharu diharap bantu perkukuh Melaka United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN 25 Mei – Kehadiran dua pemain import baharu yang menyertai Melaka United diharapkan dapat memperkukuhkan semula pasukan itu yang kehilangan tonggak akibat masalah kecederaan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari.

ADLY ZAHARI

Adly yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, penyertaan pemain import dalam skuad Sang Kancil itu amat diperlukan bagi melonjakkan semula prestasi pasukan sekali gus membantu mengumpul mata bagi pusingan kedua Liga Super, musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang kita ada beberapa perancangan tentang Melaka kerana kita tahu prestasi kita banyak juga bergantung kepada ‘prestasi’ pemain import kerana kadang-kadang kecederaan melibatkan pemain boleh membuatkan pasukan kita terjejas.

“Jadi, kita lakukan beberapa perubahan dengan mengambil dua pemain import yang baharu dan kita telah membuat beberapa ujian latihan, dari segi kemampuan mereka kita yakin bahawa pasukan ini dapat dimantapkan untuk hadapi pusingan kedua Liga Super, musim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Kacau Dodol sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Merlimau Tengah di sini, hari ini.

Beliau berkata prestasi kedua-dua pemain import itu akan dinilai menerusi perlawanan menentang Perak, malam ini di Stadium Perak, Ipoh.

Semalam, MUSA menerusi kenyataannya memaklumkan, Melaka United membawa masuk dua pemain import baharu, Davy Claude Angan dari Ivory Coast dan Dominik Balic dari Crotia pada jendela perpindahan bagi memperkuatkan pasukan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini