Gunung Agung meletus lagi - Utusan Malaysia

Gunung Agung meletus lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR, Bali – Gunung Agung di daerah Karangasem, Pulau Bali meletus lagi kelmarin dengan menghamburkan lahar ke semua arah pada ketinggian antara 2.5 hingga 3 kilometer.

Gunung berapi itu meletus pada pukul 7.23 malam (waktu tempatan).

“Benar, ada berlaku letupan. Ketinggian kepulan abu yang terhasil tidak dilaporkan. Bagaimanapun, terdapat bunyi deruman didengari di pusat pemantauan,” kata ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Wilayah Bali, I Made Rentin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, durasi letusan itu adalah sekitar empat minit dan 30 saat. Walaupun Gunung Agung meletus sekali lagi, ia masih di dalam perintah berjaga-jaga

Bagaimanapun, beliau menggesa penduduk yang tinggal di sekitar Gunung Agung supaya tidak berada dalam radius 4 kilometer dari kawah gunung berapi itu.

Letusan itu menjejaskan sebilangan kawasan di daerah Karangasem yang terdedah kepada abu tebal dan pasir termasuk Kampung Pempatan, Kampung Besakih, Kampung Menanga, Kampung Sebudi, Kampung Muncan, Kampung Amerta Bhuana, Kampung Nongan, Kampung Rendang dan beberapa kawasan lain di daerah Bangli.

Sementara itu, sejumlah penerbangan pergi balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali telah dibatalkan, manakala sebilangan lagi dilencongkan.

“Kami akan terus memantau keadaan Gunung Agung,” kata Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Polana Pramesti. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini