Cadangan sistem pemeriksaan satu henti di sempadan Malaysia-Thailand - Utusan Malaysia

Cadangan sistem pemeriksaan satu henti di sempadan Malaysia-Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH – Kerajaan merancang untuk mewujudkan sistem pemeriksaan satu henti di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Danok, Thailand bagi melicin serta memudahkan aliran dagangan antara dua negara berkenaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, menerusi sistem itu, ia bukan sahaja memudahkan proses pemeriksaan malah dijangka dapat menambah perdagangan dua hala.

“Menerusi sistem itu, pemeriksaan barangan atau dagangan yang masuk dan keluar masing-masing dari Malaysia dan Thailand hanya dibuat sekali sahaja dan tidak perlu lagi berulang kali seperti sekarang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah sistem itu boleh digunapakai sehingga ke Pelabuhan Pulau Pinang. Ini secara tidak langsung meningkatkan peluang perdagangan di wilayah utara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar bersama warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang di Kampung Kastam di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abdul Halim dan Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Saidi Ismail. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini