Tiga lelaki maut dua bot bertembung - Utusan Malaysia

Tiga lelaki maut dua bot bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 25 Mei – Tiga lelaki maut dalam insiden pelanggaran antara dua buah bot di perairan Pulau Gaya malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, mangsa berumur antara 15 dan 20 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik selepas dibawa ke Jeti Suria Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Habibi Majinji berkata, kejadian berlaku semasa ketiga-tiga mereka bersama tujuh penumpang lain yang berumur antara 12 dan 37 tahun sedang dalam perjalanan dari Kampung Pondo ke Jeti Safma, berlanggar dengan sebuah bot lain yang dalam perjalanan dari Jeti Pasar Ikan menuju ke Kampung Pondo.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, disebabkan keadaan gelap, pengendali bot kedua itu hanya sedar mengenai kehadiran bot penumpang berkenaan semasa ia berada di jarak terlalu dekat sehingga dia tidak sempat mengelak lalu menyebabkan kedua-dua bot itu terbalik.

“Penumpang bot yang terselamat kemudiannya dibawa oleh bot awam lain yang berada di lokasi kejadian, dan mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapat rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke HQE untuk dibedah siasat dan pengendali bot berusia 56 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini