Jualan Harga Patut tawar diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan asas - Utusan Malaysia

Jualan Harga Patut tawar diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan asas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Lebih 50 barangan keperluan asas dengan potongan harga antara 20 hingga 30 peratus ditawarkan pada Program Bazar Jualan Harga Patut Kementerian Pembangunan Usahawanan (MED) sempena Aidilfitri di sini.

Program selama tiga hari yang berakhir esok, menawarkan harga patut bagi tepung, beras, gula dan minyak masak berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Presint 2, Putrajaya.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof ketika merasmikan program itu berkata, program ini diadakan bagi menzahirkan komitmen kerajaan bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup terutama pada musim perayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah satu usaha untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.

“Ia lebih kepada inisiatif membuka peluang dan ruang kepada usahawan (pengeluar) untuk memasarkan produk serta barangan secara terus kepada pengguna,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian itu di sini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini