Lelaki dikecam nyala rokok dalam pesawat - Utusan Malaysia

Lelaki dikecam nyala rokok dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 25 Mei – Seorang lelaki dikecam selepas tindakannya menghidupkan rokok dalam pesawat dirakam dan tular di media sosial.

Aksinya dirakam seorang penumpang yang terkejut dengan tindakan berani lelaki berkenaan.

Kejadian dilaporkan berlaku dalam pesawat Spirit Airlines yang dijadualkan dalam penerbangan ke Minnesota.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki itu, yang kelihatan separa sedar ditegur salah seorang anak kapal yang mengarahkannya memadam api rokok tersebut dan bertindak merampaskan tiket penerbangannya.

Ketika sampai di destinasi, lelaki berkenaan telah diiring keluar dan diserahkan kepada pihak berkuasa.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini