Lebih 2,000 isi rumah PPR Raya Permai terima sayur percuma - Utusan Malaysia

Lebih 2,000 isi rumah PPR Raya Permai terima sayur percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Lebih 2,000 penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai di sini menerima pelbagai jenis sayur-sayuran percuma sempena bulan Ramadan menerusi inisiatif Food Bank Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Program tersebut merupakan anjuran Jawi dengan kerjasama Pertubuhan Gerakan Perpaduan Wilayah Persekutuan (GPWP).

Pengerusi GPWP, Muhammad Helmi Azhar berkata, sumbangan yang diagihkan itu bertujuan membantu dan menceriakan golongan asnaf sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan kerjasama pertama dengan Jawi dan selepas ini sudah pasti lebih ramai golongan sasar akan dapat dibantu.

“Peranan kami adalah menyediakan bahan mentah manakala Jawi akan mencari keluarga asnaf. Kerjasama ini akan diadakan secara berterusan dan bukannya pada bulan puasa semata-mata,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini