Djokovic hampiri gelaran ‘Djoko Slam’ kedua - Utusan Malaysia

Djokovic hampiri gelaran ‘Djoko Slam’ kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 25 Mei – Novak Djokovic berpeluang muncul pemain lelaki kedua dalam sejarah tenis untuk dua kali menjulang empat kejuaraan Grand Slam berturut-turut pada masa yang sama sekiranya berjaya melakukannya di Terbuka Perancis.

Bagaimanapun Roger Federer dan Rafael Nadal akan sekali lagi menjadi penghalangnya untuk memahat sejarah tersebut.

Pemain nombor satu dunia itu melengkapkan keempat-empat kejuaraan Grand Slam menerusi kemenangan di Roland Garros pada 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas menjulang Wimbledon dan Terbuka AS pada 2018 dan kemudiannya meraih kejuaraan ketujuh Terbuka Australia Januari tahun ini, pemain Serbia itu semakin hampir dengan ‘Djoko Slam’ keduanya.

Federer dan Nadal, masing-masing dengan 20 dan 17 gelaran Grand Slam mungkin berada di depan Djokovic yang setakat ini meraih 15 kejuaraan.

Begitupun, kedua-dua pemain itu gagal merangkul keempat-empat gelaran terhebat sukan itu pada masa sama.

Ia satu pencapaian luar biasa yang hanya berjaya dicapai Don Budge (1938) dan Rod Laver (1962 dan 1969) sepanjang kalendar Grand Slam.

Selepas tewas kepada Nadal pada final Terbuka Itali hujung minggu lalu, pemain Serbia itu mengakui pemain Sepanyol itu akan menjulang gelaran Roland Garros ke-12 dalam tempoh dua minggu lagi.

“Nadal, pilihan utama, tidak syak lagi, berbanding yang lain,” katanya.

Dalam masa sama, dia mengakui kejayaan di Paris pada 2016 yang membolehkannya menyapu bersih semua Grand Slam memberikan semangat untuk mencatat lebih banyak sejarah.

“Ada motivasi tambahan untuk menang Roland Garros kerana peluang menjulang keempat-empat Grand Slam seperti yang pernah dilakukan tiga lalu, dan ia memberikan saya keyakinan untuk melakukannya sekali lagi,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini