MONACO 25 Mei – Formula Satu (F1) mengesahkan mereka akan bertafakur selama seminit menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco sebagai tanda penghormatan kepada legenda sukan permotoran tersebut, Niki Lauda yang meninggal dunia awal minggu ini.
Pengumuman tersebut disiarkan menerusi laman sesawang rasmi mereka, hari ini.
“Topi merah yang sering dikenakan oleh Niki Lauda sangat terkenal di paddock, jadi bersesuaian dengan itu, kami (F1) berperanan untuk melaksakannya menjelang GP Monaco.
“Semasa tempoh berdiam diri di grid itu nanti, kesemua 20 pemandu akan bersama dengan pemberi penghormatan temasuk beberapa individu penting yang sezaman Lauda serta rakan sebaya masing-masing, dengan mereka akan memegang topi merah,” kata kenyataan tersebut.
Lauda, 70, meninggal dunia pada Isnin lalu selepas lapan bulan melakukan pemindahan paru-paru.
Lauda merupakan pengerusi bukan eksekutif di Mercedes F1 sejak 2012 dan dia memainkan peranan besar menggilap bakat Lewis Hamilton hingga berada di puncak dunia apabila memenangi lima kejuaraan pemandu dan pengeluar berturut-turut.- AFP











