PETALING JAYA 25 Mei – Seramai 150 orang anak yatim dari Kota Damansara serta anak kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM150 beserta peralatan sekolah daripada pihak berkuasa tempatan itu.
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar dalam satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 2019 di Surau Nur Ehsan, Ibu Pejabat MBPJ, di sini baru-baru ini.
Program tahunan itu bertujuan meraikan golongan kurang bernasib baik di samping mengambil peluang melaksanakan aktiviti kebajikan dalam bulan Ramadan.
Selain itu, program itu juga adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat MBPJ dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan. – UTUSAN ONLINE











