KUALA LUMPUR 24 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama agensi-agensi agama dan asnaf Baitulmal di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini pada Isnin ini.
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UTUSAN ONLINE
Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bermula pada pukul 5 petang itu turut dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain berbuka puasa, majlis diisi dengan aktiviti pengurniaan sumbangan kepada asnaf dan solat Maghrib berjemaah bersama Agong. – UTUSAN ONLINE











