KUANTAN 25 Mei – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) buat julung kalinya menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada anak-anak yatim yang terdiri daripada anak guru yang merupakan ahli kesatuan itu.
Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, program bantuan hari raya Aidilfitri tersebut bermula di negeri ini dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada tahun depan.
“Kita juga akan perluaskan bantuan perayaan ini bukan sahaja kepada anak-anak yatim Melayu malah kaum-kamu lain yang juga ahli NUTP.
“Kita hendak tunjukkan NUTP merupakan persatuan pelbagai kaum, kita adalah contoh organisasi yang mempunyai ahli pelbagai kaum dan kita bersatu dan berapa dalam suasana yang makmur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim yang merupakan anak ahli NUTP di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 26 anak yatim menerima sumbangan daripada NUTP berupa wang tunai dan kuih raya. – UTUSAN ONLINE











