MPSJ, Aeon Big beri sumbangan Ramadan - Utusan Malaysia

MPSJ, Aeon Big beri sumbangan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama Aeon Big (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini menyediakan sumbangan juadah sahur serta barangan keperluan asas bernilai RM200 menerusi program Jelajah Kasih Ramadan.

MPSJ dalam kenyataan di sini hari ini berkata, bantuan bernilai RM200 itu diserahkan kepada 30 penerima melibatkan tiga kawasan dewan undangan negeri (DUN) iaitu DUN Subang, Kinrara dan Sri Serdang.

“Program ini sebagai usaha MPSJ serta badan korporat membantu golongan kurang berkemampuan menyambut Ramadan selain menanam nilai-nilai positif kepada peserta program,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini