Remaja maut diseret kereta - Utusan Malaysia

Remaja maut diseret kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang remaja maut diseret sejauh 70 meter oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam kemalangan di Jalan Lama Kuala Selangor Panchang Bedena di sini malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Mohamad Amrey Ismail, 16,  meninggal dunia di lokasi kejadian akibat  parah pada bahagian perut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan ke pekan daerah ini dari Sungai Besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mangsa kemudiannya dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum dilanggar Toyota Vios.

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa diseret sejauh 70 meter bersama motosikalnya dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini