Serangan bom masjid, dua maut di Pakistan - Utusan Malaysia

Serangan bom masjid, dua maut di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI 24 Mei – Sekurang-kurangnya dua orang terkorban manakala 15 lagi cedera dalam satu letupan disasarkan ke arah masjid ketika solat Jumaat di barat daya negara ini.

Masjid yang terletak di kawasan Pashtunabad, Quetta diserang ketika umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat.

Menurut Ketua Hospital Awam Quetta, Dr. Saleem Abro, dua daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. – BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini