SEOUL 24 Mei – Korea Utara menyatakan tidak akan meneruskan rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) melainkan AS mengubah pendekatan mereka.
Pertemuan kedua antara Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un pada Februari lalu berakhir tanpa sebarang kesepakatan.
Menurut beberapa laporan, Trump memberikan senarai tuntutan Washington kepada Jong-un dan Pyongyang sejak itu menuduh AS bertindak ‘jahat’.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pyongyang memberikan tempoh sehingga akhir tahun ini untuk AS mengubah pendekatannya. – AFP











