KANGAR 24 Mei – Kerajaan negeri akan memberi bantuan khas kewangan 2019 berjumlah RM550 kepada semua pegawai Gred 56 dan ke bawah pada 27 Mei ini.
Pegawai Kewangan negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, ini termasuk pegawai lantikan ‘contract of service’, pemandu yang dilantik oleh wakil rakyat dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan anggota UPK yang bukan pesara.
“Kerajaan negeri turut bersetuju untuk membayar baki RM325 kepada pesara kerajaan yang dilantik semula oleh kerajaan negeri di bawah contract of service dan UPK bagi melengkapkan Bantuan Khas 2019,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











