KABUL 24 Mei – Seorang pendakwah Islam maut manakala 16 lagi cedera selepas sebuah bom meletup dalam sebuah masjid ketika solat Jumaat.
Reuter melaporkan, pendakwah berkenaan, Mawlawi Rayhan, merupakan penyokong kerajaan Afghanistan yang disokong oleh Barat.
Tiada kumpulan militan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut pihak berkuasa, angka kematian dijangka meningkat. – AGENSI











