SERI BEGAWAN 24 Mei – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyerahkan semula ijazah kehormat yang dianugerahkan oleh Univeristi Oxford.
Penyerahan itu dibuat selepas pusat pengajian tersebut melahirkan kebimbangan mengenai undang-undang syariah yang diperkenalkan negara ini terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
BBC melaporkan, undang-undang yang diperkenal pada April lalu menggariskan hukuman rejam sampai mati kepada pesalah khalwat dan amalan seks songsang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdahulu, lebih 118,500 orang menanda tangani petisyen mendesak supaya universiti tersebut menarik balik ijazah kehormat undang-undang yang dinaugerahkan kepada Hassanal.
Anugerah itu diberikan kepada beliau pada 1993. – AGENSI











