PRIHATIN. Gabungan Kelab-Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) dengan kerjasama Pertubuhan Belia Amanah (Pembela) negeri Kedah menganjurkan Program Konvoi Amal Jelajah Sahur 2019 di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Pengerusi Pembela, Arahman Ahmad berkata, kira-kira 100 orang ahli GKKnK berkonvoi ke beberapa lokasi, termasuk Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Polis Trafik bagi menyerahkan juadah sahur pada mereka yang bekerja lewat malam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ismasuhaimi Shariff.
Memuatkan artikel berkaitan…











