Katak diterbangkan 8,000km ke England - Utusan Malaysia

Katak diterbangkan 8,000km ke England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seekor katak pokok tropika dari kawasan hutan hujan Costa Rica merantau lebih 8,000 kilometer daripada habitat asal bersama bungkusan buah pisang segar ke pasar raya Lidl di Netherfield, England baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Seorang kakitangan pasar raya menemui amfibia kecil itu ketika membuka bungkusan pisang yang baru dihantar oleh pihak pembekal. Dia menamakan katak itu sebagai Lloyd.

“Katak kecil ini melalui pengembaraan jauh dari Costa Rica dalam sebuah kotak pisang segar ke Lidl di Netherfield,” tulis Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) bandar Nottingham di Twitter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Katak pokok tropika itu sedang dijaga seorang pakar veterinar yang mempunyai minat mendalam dengan haiwan eksotik,” tambah kenyataan itu.

Terdapat kira-kira 800 spesies katak pokok di seluruh dunia dengan lebih 600 spesies tinggal di benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini