Polis sahkan seorang meninggal dunia - Utusan Malaysia

Polis sahkan seorang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU 23 Mei – Polis mengesahkan cuma seorang penumpang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas henti-henti di Jalan Kuala Klawang – Seremban dekat Bukit Tangga di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, seramai 20 penumpang cedera dan kecederaan mereka belum dapat dapat dipastikan.

“Siasatan lanjut diteruskan dan maklumat penuh akan menyusul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu berdasarkan maklumat awam, Utusan Online melaporkan dua pelajar maut dalam kemalangan pada pukul 4 petang itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini