Anwar dikunjungi bekas Pengerusi Hamas - Utusan Malaysia

Anwar dikunjungi bekas Pengerusi Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bekas Pengerusi Hamas, Khalid Mashal bersama delegasi pemimpin itu di pejabatnya hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak turut menyentuh beberapa perkara penting berkaitan Palestin.

Antaranya, jelas Anwar, Hamas menyampaikan harapan mereka agar beliau dapat memainkan peranan dalam membantu dunia Arab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sempat menyentuh beberapa isu penting antaranya peranan tokoh-tokoh Islam juga perlu diserlah dan diketengahkan dalam membantu Palestin menamatkan keganasan.

“Selain itu, memohon sokongan berterusan kepada perjuangan Palestin bagi menamatkan pendudukan Israel,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau hari ini.

Tambah Anwar, mereka juga berbincang mengenai tawaran `deal of the country’ yang dikemukakan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan perjuangan Palestin yang semestinya akan ditentukan oleh kehendak dan iltizam warga Palestin. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini