Rakan sedih tak sempat berbuka bersama - Utusan Malaysia

Rakan sedih tak sempat berbuka bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU 23 Mei – Hasrat dua pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang untuk berbuka bersama tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan bas di Jalan Kuala Klawang – Seremban dekat Bukit Tangga di sini hari ini.

Menurut Mohamad Nazhan Mohd. Nazhari, 17, dia dan rakan karibnya, Allahyarham Muhammad Firdaus Shahrul Azam merancang untuk berbuka di kampung mereka di Kuala Selangor petang ini.

“Kami sama-sama naik bas dari kolej di Kuala Klawang menuju ke Seremban untuk balik ke Kuala Selangor selepas selesai peperiksaan semester. Ketika kejadian saya duduk di tempat duduk bahagian tengah manakala dia di depan di sebelah kiri pemandu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tak sangka dia maut dalam kemalangan ini. Saya sedih sebab kami sudah berjanji untuk berbuka apabila sampai di Kuala Selangor nanti,” katanya ketika ditemui di Hospital Jelebu di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, Muhammad Firdaus meninggal dunia manakala 20 penumpang lain cedera selepas bas henti-henti yang menuju ke Seremban itu terbabas lalu terbalik di Jalan Klawang – Seremban dekat Bukit Tangga di sini.

Menceritakan detik-detik kemalangan itu, Mohamad Nazhan berkata, apabila menyedari bas itu seolah-olah gagal dikawal, dia terdengar beberapa penumpang lain menjerit ketakutan.

Ujarnya, dia hanya memejamkan matanya apabila mendapati kenderaan berkenaan terbabas.

“Apabila saya buka mata, saya dapati bas sudah terbalik dan nampak beberapa penumpang cedera,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini