Jurutol nyaris maut pondok tol dirempuh treler - Utusan Malaysia

Jurutol nyaris maut pondok tol dirempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang jurutol nyaris maut selepas salah satu pondok tol di Plaza Tol Kubang Semang, Lebuhraya Butterworth-Kulim dekat Seberang Jaya di sini dirempuh sebuah treler hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, jurutol wanita berusia 30-an itu yang berada di dalam pondok tambah nilai tersebut hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kejadian berlaku apabila muatan barangan lusuh yang dibawa dengan treler itu tersangkut dan merempuh pondok tol berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati, treler itu membawa muatan  berlebihan dan tersangkut pada pondok tol sehingga roboh.

“Sebahagian runtuhan itu menimpa bumbung sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang berada di lorong bersebelahan di lorong paling kiri,” katanya kepada kepada pemberita sebentar tadi.

Menurutnya, jurutol dan pemandu kereta tersebut hanya cedera ringan, manakala pemandu treler tidak cedera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini