3,500 anggota APM di 52 lokasi sempena musim perayaan - Utusan Malaysia

3,500 anggota APM di 52 lokasi sempena musim perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH – Sejumlah 3,500 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditugaskan dalam Ops Bantu di 52 lokasi di seluruh negara sempena musim perayaan Aidilfitri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Norhafifi Ismail berkata, pihaknya akan menempatkan lebih ramai anggota di sekitar jalan raya di negeri-negeri Pantai Timur berikutan keadaan jalan raya yang begitu sesak dengan penambahan kenderaan sepanjang musim perayaan.

Katanya, operasi itu yang dilaksanakan sempena musim perayaan khusus bagi membantu pengguna jalan raya sekiranya mereka berhadapan dengan situasi kecemasan ketika berada di jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ops Bantu ini bertujuan membantu pengguna jalan raya sama ada di jalan persekutuan atau jalan negeri yang mengalami kecemasan dan kesulitan sepanjang perjalanan balik ke kampung dan pulang semula ke bandar sempena musim perayaan ini. 

“Sebagai contoh, sekiranya pengguna jalan raya itu mengalami kerosakan kereta seperti tayar pancit, masalah bateri atau kehabisan minyak, kita akan menghulurkan bantuan dengan keperluan logistik dan peralatan yang mencukupi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan makanan dan bubur lambuk kepada kira-kira 25 penghuni Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang Tua-Tua Islam Titian Abadi (PEKITA) di sini hari ini.

Mengulas lanjut Norhafifi memberitahu, sepanjang tempoh operasi berkenaan, pelbagai jenis kenderaan dan logistik APM akan digerakkan antaranya pacuan empat roda, ambulans dan lori akan ditempatkan di kesemua kawasan berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini