JELEBU 23 Mei – Seorang lagi pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang dipercayai meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di Jalan Kuala Klawang-Seremban dekat Bukit Putus di sini petang tadi.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian leher difahamkan telah dibawa ke hospital.
Terdahulu seorang pelajar lelaki dilaporkan meninggal dunia manakala 27 penumpang lain cedera selepas bas awam tersebut terbabas lalu terbalik ketika dalam perjalanan ke Seremban kira-kira pukul 4 petang. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











