Parlimen Ipoh Timur sumbang RM100,000 turap jalan di FRU Sungai Senam - Utusan Malaysia

Parlimen Ipoh Timur sumbang RM100,000 turap jalan di FRU Sungai Senam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 23 Mei – Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk menurap jalan di kawasan penempatan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit No. 5, Sungai Senam di sini.

Menurut Kah Woh, peruntukan itu susulan daripada lawatan beliau pada Januari lalu bagi melihat sendiri keadaan jalan di kawasan penempatan tersebut yang rosak teruk.

Beliau berkata, hasil tinjauan mendapati keadaan jalan berkenaan mengalami rosak teruk sehingga menyusahkan penghuninya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharapkan kerja menurap jalan di sini boleh siap dalam tempoh tiga bulan atau selewat-lewatnya siap pada bulan September depan.

“Peruntukan ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan anggota FRU melaksanakan tanggungjawab kepada negara dan rakyat,” katanya.

Beliau berkat demikian ketika menyampaikan peruntukan tersebut kepada Pegawai Pemerintah Unit 5, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Superintenden Shahmsul Baharin Aman di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy.

Sementara itu, Shamsul Baharin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Kah Woh kerana meluluskan peruntukan tersebut.

Menurutnya, masalah jalan di situ agak teruk dan menyukarkan penduduk sehingga ada kanak-kanak yang terjatuh ketika berbasikal kerana jalan yang berlopak.

“Saya terharu dengan sumbangan ini dan membuktikan kerajaan menitikberatkan kebajikan warga polis,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini