Ramadan peluang jana pendapatan - Utusan Malaysia

Ramadan peluang jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBERKATAN Ramadan bukan hanya menawarkan ganjaran pahala berganda kepada umat Islam yang menyempurnakan ibadah berpuasa, malah memberi peluang perniagaan kepada orang ramai menjana pendapatan terutama menjelang Aidilfitri.

Ia sebagaimana dilakukan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Azzim Zahid Azmi, 22, yang menjalankan perniagaan sambilan menjual 3,000 pasang Baju Melayu moden dengan rekaan terkini sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Reka bentuk Baju Melayu moden itu diperbuat daripada kain Italian Paloma yang tidak berasa panas selain mempunyai pelbagai warna serta saiz yang sememangnya menampakkan kesegakkan serta kegagahan pemakainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azzim berkata, dia menjalankan perniagaan sambilan berkenaan hasil galakan rakan-rakan dan ahli keluarganya.


“Mahasiswa mesti berani menceburkan diri dalam dunia perniagaan masa kini walaupun ia suatu usaha yang amat mencabar. Apatah lagi dalam dunia pekerjaan makan gaji semakin rumit,” katanya ketika ditemui di gudang penempatan Baju Melayu jualannya di Segambut, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Azzim Zahid berkata, Baju Melayu berjenama Bulanbintangkl dijualnya itu direka khas dengan jahitan yang kemas dan berkualiti di samping harga berpatutan.

Katanya, antara keistimewaan Baju Melayu itu ialah dengan meletakkan zip tersembunyi pada sebelah kiri badan pemakai bagi memudahkan ia dibuka apabila pelanggan merasakan tidak selesa memakainya.

“Pelanggan yang ingin mencuba saiz atau mahu melihat material Baju Melayu berkenaan, mereka boleh datang ke gudang saya di Segambut, Kuala Lumpur atau membuat tempahan melalui dalam talian dengan menghubungi talian 012-5650464.

“Kita juga akan membuka gerai jualan di gerai nombor 143, Mood Republik, Kuala Lumpur pada 24 hingga 26 Mei ini,” katanya yang juga mahasiswa tahun akhir jurusan Komunikasi Media di UKM, Bangi, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mendapatkan katalog Baju Melayu jenama Bulanbintangkl melalui akaun Instagram @bulanbintangkl atau layari website www.bulanbintangkl.com. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini