Dua lelaki terjatuh dari pencawang di Kota Belud bukan kontraktor TM - Utusan Malaysia

Dua lelaki terjatuh dari pencawang di Kota Belud bukan kontraktor TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 23 Mei – Telekom Malaysia Berhad (TM) menjelaskan bahawa dua lelaki yang cedera parah selepas terjatuh di sebuah menara pencawang di Kampung Kuala Abai, Kota Belud dekat sini pada Isnin lalu bukan kontraktor di bawah syarikat telekomunikasi itu.

TM dalam satu kenyataan hari ini juga menjelaskan bahawa menara pencawang tempat kejadian itu berlaku juga bukan milik TM.

“TM sentiasa meletakkan keselamatan sebagai keutamaan bagi semua pekerjanya dan kontraktor, terutamanya mereka yang bekerja di tempat yang tinggi dan ruang terkurung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mempunyai garis panduan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (OSHE) yang digubal dan kami terus melatih dan membimbing kontraktor kami,” katanya.

Dalam kejadian itu, dua lelaki berusia 48 dan 28 tahun patah tangan dan kaki selepas terjatuh dari sebuah menara pencawang dan tersangkut di ketinggian 30.48 meter dalam kejadian pada pukul 4.30 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan yang sama iaitu patah tangan kanan dan kaki kanan serta bahagian muka.

Mangsa berjaya diturunkan rakan sekerja sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini