Asnaf, ibu tunggal, fakir miskin terima sumbangan Aidilfitri - Utusan Malaysia

Asnaf, ibu tunggal, fakir miskin terima sumbangan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Seramai 100 orang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan fakir miskin menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri daripada Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah Kuala Lumpur dan Selangor.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad dalam satu majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa yang diadakan di Masjid Usamah Zaid, Wangsa Maju di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, bantuan tahunan berupa wang tunai dan barangan keperluan raya itu diperoleh hasil daripada sumbangan penderma iaitu badan-badan korporat, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini bertujuan menzahirkan rasa simpati bagi meringankan beban golongan tersebut menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kami akan terus mengadakan program ini secara tahunan bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan, sekali gus menjadikan ia sebagai ladang amal untuk berbakti kepada komuniti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau yang juga penaung pertubuhan itu berkata, sumbangan bernilai kira-kira RM15,000 itu turut diagihkan kepada 50 orang kurang upaya dari sekitar kawasan Wangsa Maju, Gombak dan Setiawangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini