Agong beri penghormatan terakhir - Utusan Malaysia

Agong beri penghormatan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 23 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini untuk memberi perghormatan terakhir kepada ayahanda Seri Paduka, Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pukul 10.38 pagi ini.

Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah.

Seri Paduka kemudian menunaikan solat jenazah yang diimamkan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman sebelum berdoa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas itu, Sultan Abdullah bertemu dan dipeluk Raja Permaisuri Agong dan adik beradik Seri Paduka menyebabkan suasana sayu dan sedih sebelum bersalaman dengan hadirin yang hadir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini