Lelaki Myanmar mengamuk mahu bakar stesen minyak - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar mengamuk mahu bakar stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Pelanggan sebuah stesen minyak di Chukai di sini gempar selepas seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah mengamuk dan mengugut mahu membakar premis tersebut malam tadi.

Kejadian pada pukul 9.30 malam itu dipercayai berpunca selepas elaki warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia dalam lingkungan 30-an itu berang tidak menerima teguran pelanggan lain kerana mahu menyalakan rokok di kawasan stesen minyak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek yang bekerja di sebuah pasar raya berdekatan mengamuk selama hampir setengah jam sebelum berjaya ditangkap sekumpulan beberapa pelanggan lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian berpunca selepas lelaki asing itu ditegur ketika mahu menyalakan sebatang rokok di kawasan stesen minyak tersebut.

“Dia naik berang dan bertindak agresif mahu menghayunkan satu hos pam minyak untuk memukul orang ramai yang berhampiran dengannya,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, suspek kemudiannya mengancam mahu membakar stesen minyak berkenaan sehingga mencetuskan kegemparan dengan sebahagian besar pelanggan panik melarikan diri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini