Abdul Wahab Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) baharu UKM - Utusan Malaysia

Abdul Wahab Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) baharu UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Profesor di Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Mapan (Cespro), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Ir. Abdul Wahab Mohamad dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) yang baharu.

ABDUL WAHAB MOHAMAD
ABDUL WAHAB MOHAMAD 

Pusat Komunikasi Korporat UKM dalam kenyataan memberitahu, pelantikan Abdul Wahab dibuat bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman yang menamatkan tugasan di jawatan tersebut hari ini.

Menurut kenyataan itu, Abdul Wahab bakal memegang jawatan berkenaan selama tiga tahun bermula 27 Mei ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelantikan Prof. Datuk Dr. Ir. Abdul Wahab menerusi surat dari Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di bawah peruntukan Seksyen 12(6) Perlembagaan UKM untuk tempoh

tiga tahun mulai 27 Mei 2019 sehingga 26 Mei 2022,” katanya di sini hari ini.

Abdul Wahab, 52, berasal dari Sungai Seluang, Kedah memiliki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Universiti Lehigh, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Universiti Purdue, Indiana, AS dan Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia dari Universiti of Wales Swansea, United Kingdom (UK). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini