Aplikasi membeli-belah utama - Utusan Malaysia

Aplikasi membeli-belah utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aplikasi mudah alih hari ini mempunyai peranan penting dalam pembangunan e-dagang. Menurut laporan Google dan Temasek, terdapat lebih daripada 350 juta pengguna internet di Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam).

Lebih penting lagi, lebih daripada 90 peratus penduduk di Asia Tenggara melayari internet terutama menerusi telefon pintar. Angka ini dijangka me­ningkat kerana telefon pintar menjadi lebih mudah diakses dari hari ke hari.

Di samping itu, laporan yang sama oleh Google dan Temasek menyatakan ekonomi internet akan berkembang dengan pesat untuk menjadi industri e-dagang bernilai AS$240 bilion (RM1 trilion) sebagai penggerak utama dan dianggarkan memperoleh AS$102 bilion (RM426.92 bilion) menjelang 2025.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada ketika syarikat e-dagang hari ini berlumba-lumba merealisasikan potensi digital, kami menjalankan kajian untuk menentukan aplikasi membeli-belah utama e-dagang hari ini.

Kumpulan iPrice bekerjasama dengan App Annie Intelligence, data pasaran aplikasi dan sumber data untuk mengenal pasti aplikasi membeli-belah mudah alih e-dagang yang paling aktif digunakan pada suku pertama tahun ini.

Dengan berpandukan pengguna aktif bulanan (MAU), App Annie Intelligence mengagregatkan dan menduduki aplikasi untuk enam pasaran utama di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Lazada, Shopee dan Tokopedia

Aplikasi Lazada memperoleh MAU bulanan tertinggi di Malaysia, Filipina, Thailand dan Singapura. Lazada disokong oleh Alibaba dan ia merupakan satu daripada aplikasi teratas di Vietnam dan Indonesia dengan masing-masing menduduki tempat kedua dan keempat.

Pada tahun lalu, Lazada memberi sepenuh tumpuan dalam pembangunan aplikasi untuk mengenali dan memahami tabiat pengguna yang sentiasa berubah-ubah.

Antara ciri-ciri terbaharu yang diperkenalkan adalah fungsi live streaming di aplikasi dan Carian Imej yang mana Lazada menyatakan 500,000 pe­langgan menggunakan setiap hari untuk mencari 20 juta produk dan permainan dalam aplikasi Shake It.

Pesaing terdekatnya di Asia Tenggara adalah Shopee yang mempunyai kedudukan tertinggi di Vietnam manakala kedua tertinggi di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand dan ketiga tertinggi di Singapura.

Menyedari betapa pen­tingnya aplikasi mudah alih di rantau ini, Shopee pada tahun lepas mengutamakan pendekatan pengalaman pengguna hyper localized dengan mempu­nyai aplikasi yang berbeza untuk setiap negara.

Ini adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk memberi tumpuan dengan mengambil pendekatan setempat kepada setiap pasaran dan berkesan kepada Shopee apabila ia kekal sebagai satu daripada platform termuda dalam kala­ngan aplikasi teratas. Malah, ia pantas berkembang sejak penubuhannya pada 2015.

Satu lagi pesaing terkemuka ialah Tokopedia yang menduduki ranking paling tinggi MAU di Indonesia. Tokopedia kekal sebagai platform e-dagang yang terkenal kerana syarikat ini kini memegang bahagian pasaran terbesar di negara terbesar Asia Tenggara dari segi populasi.

Tahun lalu, Tokopedia merupakan platform e-dagang yang paling banyak dilawati dan dalam kedudukan ketiga di rantau ini walaupun ia hanya terdapat di satu negara dengan purata 125 juta pelawat pada 2018.

E-dagang China dan AS

Di seluruh enam negara yang dianalisis, aplikasi mudah alih e-dagang China dan Amerika Syarikat (AS) terus popular dan digunakan secara aktif di rantau ini dengan aplikasi se­perti AliExpress, Amazon, eBay, TaoBao dan Alibaba.com.

Aplikasi e-dagang China seperti TaoBao dilaksanakan dengan baik di negara-negara yang terdapat lebih ramai pengguna mahir dalam bahasa Mandarin.

Ini terbukti di negara-negara seperti Singapura dan Malaysia yang mana aplikasi masing-ma­sing menduduki tempat keempat dan ketiga. TaoBao juga boleh didapati terutama dalam bahasa Mandarin dan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Asia Tenggara.

Di samping itu, AliExpress dioptimumkan untuk pengguna mahir bukan China dan aktif digunakan di Thailand (tempat ketiga), Filipina (kelima), Malaysia (kelima), Vietnam (keenam) dan Indonesia (kelapan).

Aplikasi e-dagang yang berpangkalan di AS masih relevan untuk Asia Tenggara. Amazon aktif digunakan di Filipina berbanding aplikasi Alibaba Group, kedudukan keempat di atas AliExpress (tempat kelima) dan Alibaba.com (kesembilan).

Di rantau ini, Amazon secara rasmi melancarkan perkhidmatannya di Singapura pada 2017 dengan Amazon Prime Now dan kini menduduki tempat kesem­bilan dalam senarai aplikasi membeli-belah mudah alih yang aktif digunakan secara bulanan.

Artikel oleh iPrice Group (https://iprice.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini