Kembara bendera 4B ke Base Camp Gunung Everest - Utusan Malaysia

Kembara bendera 4B ke Base Camp Gunung Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAN. Gerakan Belia 4B Malaysia melancarkan misi kembara membawa bendera Belia 4B ke Base Camp Gunung Everest yang dilaksanakan oleh Mohd. Fazli Abdul Rahman, 41, selama 14 hari bermula 12 hingga 26 April lalu.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd. Nizam Omar berkata, misi itu bertujuan bagi membuka mata dan minda selain menyuntik semangat anak-anak muda belia negara.

“Tiada apa yang mustahil dilakukan sekiranya semangat untuk mencabar diri dalam mengapai apa jua impian terus membara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, sebarang kesukaran dan cabaran yang ada bukanlah satu penghalang untuk mengecapi kejayaan dan impian yang ada,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Fazli berkata, beliau bersyukur kerana terpilih untuk melaksanakan misi itu dalam memenuhi impiannya menawan kaki gunung Everest.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini