Konkrit Terminal Bersepadu Gombak runtuh - Utusan Malaysia

Konkrit Terminal Bersepadu Gombak runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei- Dua cedera manakala seorang lagi dipercayai masih terperangkap selepas bangunan di Terminal Bersepadu Gombak di Taman Melati dekat sini yang dalam pembinaan runtuh awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.13 pagi serta sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dan BBP Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di tempat, kita mendapati berlaku runtuhan konkrit di bangunan yang sedang dalam pembinaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga mangsa terlibat serta dua yang cedera telah dibawa ke hospital manakala seorang lagi warga Indonesia masih terperangkap di bawah runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, operasi mencari mangsa sedang dijalankan menggunakan anjing pengesan K9.

“Pihak bomba juga kini giat melakukan kerja-kerja mengalihkan konkrit yang runtuh,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini