NGO akan diasah bakat berbahas - MACSA - Utusan Malaysia

NGO akan diasah bakat berbahas – MACSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI 22 Mei – Kesediaan para pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berhijrah untuk berbahas isu-isu berkaitan di peringkat antarabangsa masih belum berada pada tahap yang memuaskan.

Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA), Azril Mohd. Amin berkata, kekurangan itu menyebabkan suara untuk menegakkan agama Islam tidak dapat diperjuangkan secara lantang pada peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, MACSA bertekad untuk mengasah bakat berbahas dalam kalangan NGO Islam dan pejuang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang berhijrah bagi mengetengahkan asas perjuangan mereka secara lantang di peringkat antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, ucapan Numan Afifi dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Mac lalu, dilihat lantang menegakkan pandangan mereka mengenai hak asasi golongan LGBT.

“Kita memerlukan mereka yang boleh berbahas dengan lantang bagi membidas kenyataan-kenyataan sebegitu, mungkin mengambil tempat terus di Geneva pada masa akan datang. Saya fikir ini adalah pendekatan masa panjang yang digerakkan MACSA,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam Majlis Pertemuan Muhibbah dan Iftar Ramadhan MACSA bersama NGO Islam Sekretariat Komuniti Hijrah, Hotel Tenera di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, Setiausaha Agung NGO Sekretariat Komuniti Hijrah, Mohd. Al Kusyairi Mohd. Ariff dan Pengerusi Muhajirah WAFIQ, Ryn Rasidi.

Majlis berkenaan turut mengumpulkan lebih 50 wakil NGO Islam dan LGBT sekali gus memperkenalkan NGO Sekretariat Komuniti Hijrah yang baru ditubuhkan pada Februari tahun ini dan bergerak aktif pada bulan lalu susulan ucapan Numan di Geneva.

Dr. Rafidah Hanim berkata, pertemuan hari ini bakal menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih kukuh dalam membantu golongan LGBT yang berhijrah dan memperjuangkan agama Islam.

“Saya berpandangan dengan adanya ikatan sebegini, dapat membawa kesemua NGO selari bekerjasama memperjuangkan asas yang sama.

“Pertemuan kesemua NGO secara berdepan merupakan kali pertama diadakan sekali gus mencetuskan idea-idea dan pandangan baharu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini