JAKARTA 22 Mei – Polis Indonesia memaklumkan bahawa sejumlah peluru hidup yang ditemukan dalam sebuah kenderaan di sini adalah milik Pasukan Brigad Mobil (Brimob).
Menurut Ketua Biro Penerangan Masyarakat Divisyen Hubungan Masyarakat, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), Brimob boleh membawa peluru hidup untuk kegunaan anti keganasan.
Katanya, Brimob perlu menjalani pemeriksaan ketat dan melaporkan perkara itu kepada polis untuk tujuan keselamatan. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











