Adik, abang jadi buruan kelab gergasi - Utusan Malaysia

Adik, abang jadi buruan kelab gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 22 Mei – Borussia Dortmund hari ini mengesahkan sudah menandatangani kontrak dengan Thorgan Hazard yakni adik kepada Eden Hazard yang dibeli daripada Borussia Moenchengladbach.

Ketika Eden sedang hangat diperkatakan menjadi buruan Real Madrid, Thorgan, 26, yang dalam diam-diam, lebih dahulu berjaya disambar kelab gergasi dari Jerman itu menerusi kontrak selama lima tahun.

“Saya berbesar hati dapat bermain dengan Borussia Moenchengladbach selama lima tahun kerana banyak kenangan manis di sana. Tetapi sekarang sudah tiba masa saya melangkah setapak lagi dalam karier saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kini saya bangga menjadi sebahagian daripada Borussia Dortmund – sebuah kelab yang hebat dan mempunyai penyokong yang luar biasa,” kata Thorgan dalam laman sesawang kelab terbaharunya itu.

Sebuah akhbar di Jerman, Bild melaporkan perpindahan Thorgan itu dijangka membabitkan harga 25 juta euro (RM117j) dan beberapa syarat tambahan lain.

Sebagai rekod, Thorgan yang berasal dari Belgium, sudah menjaringkan 46 gol untuk Gladbach sepanjang 182 penampilan bersama kelab itu. Dia merupakan pemain ketiga yang menyertai Dortmund untuk musim depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini