Juara lari 800 meter Asia positif doping - Utusan Malaysia

Juara lari 800 meter Asia positif doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 22 Mei – Tidak sampai sebulan bergelar juara Asia acara lari 800 meter, atlet wanita India, Gomathi Marimuthu disahkan positif doping sekaligus kemenangannya digantung buat sementara waktu.

Pelari berusia 30 tahun itu diuji positif dadah jenis anabolic steroid hasil daripada sampel ujian air kencing yang diambil selepas dia memenangi acara di kejohanan yang berlangsung di Doha, Qatar itu.

Perkara ini disahkan Persekutuan Olahraga India (AFI) menerusi satu kenyataan kepada AFP hari ini susulan laporan yang didedahkan Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) menerusi media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemenangannya digantung sementara menunggu ujian sampel B dilakukan di mana jika positif juga, dia bakal berdepan penggantungan empat tahun daripada menyertai sebarang kejohanan selain kehilangan pingat emasnya,” kata jurucakap AFI.

Sebagai rekod, Gomathi menjadi kebanggaan tempat kelahirannya, Tamil Nadu selepas membuat kejutan menjuarai acara kegemarannya itu dengan catatan masa 2min:2.7s untuk membantu India membawa pulang tiga emas daripada Kejohanan Asia tersebut.

Atlet terbabit bagaimanapun mengakui terkejut dengan keputusan ujian doping itu dan akan menunggu hasil keputusan ujian sampel B. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini