Pengawal keselamatan pecah masuk makmal sekolah - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan pecah masuk makmal sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Baru sahaja bekerja 11 hari, seorang pengawal keselamatan di sekolah di Rawang dekat sini tergamak memecah masuk makmal sekolah terbabit dan mencuri 23 buah komputer riba berharga RM20,000.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang guru di sekolah tersebut pada 13 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah menahan pengawal keselamatan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, hasil semakan mendapati, suspek berusia 31 tahun itu memiliki 16 rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

“Hasil soal siasat terhadap pengawal keselamatan itu, seramai sembilan lelaki termasuk enam warga Myanmar berusia lingkungan 25 hingga 37 tahun telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selayang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Tambah Samsor, dengan penahanan itu, sebanyak 18 buah komputer riba yang dicuri itu berjaya ditemukan.

Jelasnya, siasatan mendapati komputer riba ini dijual dengan harga RM100 sehingga RM200 terhadap kenalan suspek.

“Sehubungan itu, pengawal keselamatan ini telah kita tuduh di Mahkamah Majistret Selayang semalam di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Polis masih giat mengesan suspek yang masih bebas dan baki komputer yang masih hilang,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini