Rakyat Pahang bersedih - Utusan Malaysia

Rakyat Pahang bersedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 22 Mei – Rakyat negeri ini bersedih dengan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Muadzam Shah yang merupakan raja berjiwa rakyat.

Rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Online menyifatkan ia satu kehilangan besar yang dirasai segenap lapisan masyarakat tanpa mengira tua atau muda.

Penduduk Kampung Jenderak di sini, Syed Salim Syed Abu Bakar, berkata, kemesraan dan sikap mengambil berat terhadap rakyat sememangnya ada dalam diri Almarhum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Almarhum juga sentiasa menitikberatkan kebajikan masyarakat dan begitu mesra apabila turun berjumpa masyarakat.

“Saya rasa satu kehilangan besar dan saya teringat semasa Almarhum datang ke kampung ini semua rakyat dapat bermesra dan mengadu kepada baginda,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, peneroka Felda Lurah Bilut, Md. Zulkifli Mohd Yunus berkata, sememangnya Almarhum sentiasa menjadi idola dan harapan penduduk di Felda berkenaan.

MD. ZULKIFLI MOHD. YUNUS
MD. ZULKIFLI MOHD. YUNUS 

Katanya, Almarhum yang sering datang ke Felda Lurah Bilut sejak dahulu lagi sentiasa mendengar permasalahan rakyat.

“Di Felda pertama negara ini, Almarhum sering datang sejak saya kecil dan titah Almarhum yang saya ingat sehingga kini adalah baginda kata akan makan apa yang kita makan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini